Aleya tiba d Lapangan Terbang Antrabngsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, tepat jam 6.00 petang. Dari jauh Aleya sudah nampak kelibat Encik Idris dan Pak Su Idham. Dengan tergesa-gesa Aleya menolak laju bagasi di dlm troli untuk mndapatkn ayahnya. Prang! Aleya telah terlnggar seorang leelaki hingga menyebabkn hadiah yg berada di tngan lelaki itu terjatuh..
"ALLAH!" Itu perkataan yg pertama keluar dri mulut Aleya.
Aleya terkesima. Cepat-cepat dia memungut hadiah yg terjtuh di lantai. Pasti barangan kaca kerana bunyi yg kuat semasa terjatuh tadi,bisik Aleyya di dalam hati.
"Maaf...kan sa...ya, sa....ya tak sengaja." Aleya tergagap-gagap berkata.
Kemudian dengan perlahan-lahan Aleya mengangkat wajah memandang lelaki itu. Alangkah terkejutnya dia. Jantung Aleya mula berdetap-detup dgn pantas. Berderau darah Aleya buat seketika.
Lelaki itu amat dikenali. Syed Adam Aizril bin Syed Abbas. Seorang jejaka yg tampan persis seorang model.Wajahnya putih bersih,bibirnya merah menyala tanda tidak merokok. Mana-mana perempuan yg melihatnya pasti tertawan apatah lagi bila melihat renungan matanya itu. Cair hati perempuan dibuatnya.
"Hei Leya you buta ke?Mata letak kat mana?Kat kepala lutut?" tengking Syed Aizril sambil menanggalkan kaca mata hitamnya.
Aleya terkaku. Wajahnya pucat lesi.
"I'm so sorry Zril. I betul-betul tak sengaja. Nanti I ganti balik barang yg pecah tu," balas Aleya dgn wajah serba salah.
"Hei you ingat barabg tu ada jual kat sini ke?I beli kat London tau. Kalau ada kat sini sekalipun belum tentu you mampu untuk membelinya," sinis Syed Aizril.
Berdesing telingan Aleya mendengar kata-kata itu. Berkerut dahinya.
Habis tu, dia nak suruh aku buat macam mana,gumam Aleya dalam hati.
Sakit hati Aleya melihat sikap Syed Aizril yg seperti tidakreti bahasa itu. Sombong tak bertempat. Bukan dia tidak mengenali Aleya malah lebih dari itu.
Aleya dan Syed Aizriilmenuntut di univrsiti yg sma di United Kingdom malah di dlm kelas yg sama Mereka menganbil jurusan perniagaan . Tapi sifat sombong Syed Aizril yg keterlaluan itu menyebabkn hubungan Aleya dan Syed Aizril tdk mesra seperti rakan-rakan yg lain.
Dari hari pertama mengenali Syed Aizril d semester pertama hinggalah pd hari konvokesyen, Syed Aizril memang sentiasa dingin dengannya. Aleya sedarsiapa dirinya. Pipit masakan bleh terbang bersama enggang. Entahlah malas Aleya hndak memikirkannya. Yang pasti Syed Aizril tdk pernah menunjukkan minat utk berkawan dengannya.
"So,macm mna?" Pertanyaan Syed Aizril menyedarkan Aleya dari lamunan.
"Macam nilah apa kata you bagi I nombor telefon you, nanti I call you untuk bayar balik kos kerugian barang ni."Aleya bersuara untuk mengelak kemarahan Syed Aizril berterusan.
"Helo,kalau I bagi you nombor telefon I sekali pun,you mampu ke nak ganti harga barang tu?"
Berdesing telinga Aleya sekali lagi mendengar kata-kata itu. Wajahnya yg putih bertukar kemerah-merahan. Aleya mengetap gigi manahan perasaan geram.
"Habis tu,you nak I buat macam mna ?" soal Aleya.
Wajah Syed Aizril direnung tajam. Jantung Aleya mula berdengup kencang.
"You tahu SA Holding?" soal Syed Aizril.
Syed Aizril tahu Aleya sudah mula bengan melihat sikapnya.
"Ya, SA Holding tu dekat...." Belum sempat Aleya menghabiskan ayatnya Syed Aizril terus mencelah.
"So,you tahu mana nak cari I." Serius kedengaran suara Syed Aizril.
Kaca mata hitam terus di pakai semula dan Syed Aizril berlalu tanpa menoleh lagi. Aleya termanggu-manggu sendirian.
Hati Aleya begitu tergores dengan kesombongan Syed Aizril namun dipujuk hatinya untuk tdak terlalu memikirknnya
Monday, 6 February 2012
Bab 1
Posted by SYAFINAS at 05:57 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)




